Pages

Sunday, August 31, 2014

Cili jeruk

Dah lama teringin buat cili jeruk sendiri. Tapi asyik tertanggung jer....ada jer alasannya. Suka makan tapi nak buat malas. Masa haji aritu cili jeruk ni la jadi penambah selera. Kebetulan geng satu maktab ada katerer, dia la tolong buatkan. Berbotol2 cili jeruk kitarg ngap...makan dengan mee segera, dengan nasi....almaklumlah makanan kat sana tak pedas.

Semalam beli cili kat pasar malam. Fresh sangat cilinya....ptg ni baru la semangat datang nak menjeruk...sekejap je nak prepare...cukup bahan setengah jam dah siap.....4-5 jam lagi dah boleh makan...

Resepi ni saya refer dari blog mat gebu...tq mat tapi macam biasa idak le teman sukat2 membuatnya...main sesuka hati jer....tapi kat bawah tu saya bagi le jugak resepi yang saya cnp dari cik mat untuk rujukan kengkawan sume yer..... Esok nak goreng bihun untuk sarapan. Boleh la di santap bersama cili jeruk ni....yumyumyummmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)

80 - 100 gram cili hijau segar, cuci dan toskan
230 ml cuka makan 
3 -4 camca besar gula
1/2 camca teh garam

CARA MEMBUATNYA :-)

Cili hijau dipotong tapi jangan halus sangat biar kasar sedikit, kemudian celur dalam air mendidih selama 20 saat. Tosakan dan biar sejuk.Sediakan botol, yang mana terlebih dahulu dicuci bersih dan rebus dalam air panas selama 5 minit, toskan hingga betul2 kering. 

Isikan botol tadi dengan cili, biar padat. Tekan sedikit. Ketepikan.Bancuh cuka makan dengan gula dan garam, kacau rata hingga semua larut. 

Tapis dan tuang ke dalam botol berisi cili hijau tadi hingga penuh, kalau tak cukup tambah sedikit cuka lagi. Tutup dan biar di tempat teduh. 

Lepas 4 - 5 jam anda boleh nikmati cili jeruk, yang sesuai dimakan dengan semua jenis mi dan makanan pilihan anda. Pastikan sudu yang anda guna untuk mencedok cili, kering dan bersih. Ok tu saja, selamat mencuba!..


Gambar atas ni selepas dua jam dibuat....yang bawah ni keesokan paginya...

Pais tempoyak ikan patin

Rujukan saya untuk menu tengahari ni dari myresepi. Katanya masakan ni asalnya dari pahang.....yer kot sebab kat pahang banyak ikan patin. (Ikan patin ni pun dibeli dari temerloh bukan dari perak yer....dan bukan ikan patin yang dijamu #@¥€ tu). Kat perak ada pais tapi cara dan rasanya berbeza....

Cara saya beza skit, serai saya ketuk tak hiris, daun kunyit pun potong besar2 jer sebab senang nak ketepikan bila makan nanti.....

Disebabkan stok daun pisang takde saya guna aluminium foil saja, kalau alas daun pisang lagi wangi jadinya.... saya bakar pakai magic pan jer...cepat skit proses membakar.......kalau bakar guna arang lagi sedap...

Selain dibakar, ikan pais ni sesuai juga dikukus. Bezanya bila dikukus kuah dua lebih skit....kalau bakat ni kuah dia jadi kering. Walau macam mana pun saya lebih suka versi bakar.....aroma dia lebih membangkitkan selera....

Bahan-bahan 
1 ekor ikan patin (saya belah 2)
10-15 biji cili api merah (ikut citarasa)
1 cawan tempoyak
1 inci kunyit hidup@serbuk kunyit
2 helai daun kunyit
2 batang serai
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Basuh ikan dan kelar rapat-rapat.

Kisar cili dan kunyit sehingga hancur.

Masukkan tempoyak,garam dan gula. Kisar sehingga sebati. Rasakan garam dan gula.

Hiris halus serai dan daun kunyit. Masukkan ke dalam tempoyak tadi. Gaul rata.

Letak ikan atas daun pisang. Lumur dengan tempoyak tadi. Balut ikan dengan kemas.

Bakar@kukus ikan sehingga masak.

Sediakan nasi panas

Cili ni ikut la nak pedas mana....masukkan garam dan gula secukup rasa yer
Dah tumbuk cili sekali gitu teringat lupa letak kunyit hidup....
Serai saya tak hiris tapi saya ketuk/titik jer
Dah siap tumbuk gaulkan dengan tempoyak sampai sebati.....bau dia dah kecur air liur dibuatnya.....terus rasa lapar tak terkira.....hahaha

Daun kunyit saya potong kasar jer....malas nak hiris dan senang nak ketepikan, anak senang nak makan....kehkehkeh..
Sebelum adegan tumbuk menumbuk tadi dimulakan, boleh la diremdam ikan yg dah dicuci dengan air asam jawa pekat untuk menghilangkan hanyir ikan air tawar....kalau takde guna belimbing buluh atau cuka pun boleh...rendamla dalam 30 minit atau lebih....
Bilas dan ketepikan. (Ikan ni sepatutnya dikelar rapat2 supaya adunan tempoyak tu lebih menyerap ke dalam isi ikan tapi saya terlupa)
Ambil foil secukup besar untuk balut ikan....alas dengan daun kunyit.
Ambil sebahagian adunan tempoyak tadi dan ratakan
Letak ikan...
Sapukan baki tempoyak dan letakkan baki daun kunyit.....
Tutup foil dengan kemas...
Tutup pan dan bakar dengan api sederhana selama 30 - 45 minit....terbalikkan seseksli supaya ikan masak sekata dikedua2 belah...
Enak dinikmati dengan nasi panas dan ulam-ulaman

Nam Dok Anchan aka jus bunga telang

Hari ni jom kita try minuman nam dok anchan ni atau pun jus bunga telang....

Selalunya bunga ni dikeringkan (tak sempat kering betul dah guna) dan direndam dengan air panas untuk mengeluarkan warnanya. Kemudian càmpur dengan air gula pandan (gula dimasak dengan air dan daun pandan simpul) secukup rasa. Masukkan ketulan ais dan perahkan sedikit limau nipis. (Saya masukkan kordial limau kasturi homemade tu jer) Minuman yang mulanya berwarna biru akan berubah menjadi merah keunguan setelah dicampur perahan limau.......ajaibkan....heheheh. 

Nam Dok Anchan is Clitoria ternatea juice, also known as Butterfly Pea Flower Juice and is a popular refreshing Thai drink.

Nam Dok Anchan is prepared from dried butterfly pea flowers.

Botanical name: Clitoria ternatea
Family: Fabaceae
Common name: Butterfly Pea, Asian Pigeonwings, Blue Pea
Origin: tropical equatorial Asia
Malay name: bunga telang


Saturday, August 30, 2014

Udang goreng petai

Udang ni dah lama beli.....hari ni pegi pasar cari petai nak padankan dengan udang....petai tengah murah....3 ikat lima ringgit jer...mata besar2....

sekg udang sederhana/besar - belah belakang
9 papan petai (petai murah boleh la letak banyak2)
3 sb cili kering kisar
3 sb sos tiram
2 biji bawang besar dihiris bulat
5 ulas bawang putih di ketuk
3 batang serai
3 sb air asam
Minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

panaskan minyak. Tumis bawang putih dan serai hingga naik bau. Masukkan cili. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan air asam. Kacau sebati. Masukkan udang, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata. Dan biarkan hingga udang masak. Kacau sekali-sekala. 
Masukkan petai, bawang besar. Kacau rata. Biarkan seketika. Masukkan sos tiram. Kacau lebih kurang seminit dan tutup api.

Friday, August 29, 2014

Roti Lapis Berdaging / lasagna roti


Resepi roti Lapis Berdaging ni saya rujuk dari MaDiHaA. Dari segi sukatan dan cara saya tak follow sume....ikut suka dan citarasa saya jer. Kat bawah ni resepi yang saya ubahsuai sesuka hati saya.......

Bahan-bahan

3 biji kentang di potong dadu (saya guna sebiji)
Saya tambah mix vage secawan
500gm daging cincang
2 biji bawang besar saya cincang
5 ulas bawang putih ssya cincang
1 sudu besar serbuk kari 
4 biji tomato dicincang (saya tambah)
sedikit tomato ceri
1 sudu besar sos tomato (saya tak letak)
2 sudu besar sos cili
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-15 keping roti
500ml susu segar
3 biji telur
garam secukup rasa 
Parutan cheese (banyak ikut suka)

Cara-cara

Panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam+tomato+sos cili.
Sebelum tutup api masukkan mix vage dan kacau seketika.

Satukan Susu+telur.

Pukul susu+telur hingga sebati.

Celupkan roti dalam adunan susu tadi. Susun atas loyang.

Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti. Taburkan parutan cheese.

Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan taburan cheese.  
Lapisan akhir susun dengan 1/3 lebihan roti. Saya tuang baki susu ke atas lapisan akhir
Bakar dengan api sederhana selama 30 mins atau sampai lidi tak lekat.

Keluarkan dari oven dan taburkan baki parutan cheese.

Bakar dengan api sederhana selama 5 - 10 mins atau sampai cheese cair.

Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka.

Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos. 

***Kalau nak potongan yang cantik, biarkan sejuk seketika sebelum diangkat dari loyang.


Thursday, August 28, 2014

Lamb bbq/roasted lamb

Gambar2 ni sebelum dibakar kali kedua...selepas siram sos pekat....lepas bakar terus deliver....dah tak sempat nak snap gambar....lewat dah....orang dah lapar...huhuhu
Makan kambing tak bau dan  tak rasa kambing.....hahaha...
hidang 17 kg lebih kambing ni, tak sampai dua jam ghaib.....

Bahan2

17 kg kambing
1 1/2 botol (1kg) smoke bbq sauce
1 paket besar sos cili 
1 paket besar sos tomato
1 paket besar sos tiram 
1/2 kg madu
3 labu bawang putih (tumbuk kasar dgn kulitnya)
6 sb serbuk cili
4 sb serbuk lada hitam (tumbuk kasar)
5 helai daun bay
2 sb pasley flake
2 sb rosemary
2 sb basil
1 sb thyme
Garam secukup rasa

Optional

kentang us
karot
tomato ceri
----------
Campur semua bahan dan perap lamb semalaman untuk hasil yang terbaik. Bakar lamb di dalam oven dengan suhu 250 darjah selama 1 jam dalam loyng yang ditutup dengan foil. Buka foil dan keluarkan kuah/sos dan masak di atas api hingga pekat. Tuangkan semula kuah tadi, terbalik2kan lamb dan bakar setengah jam tanpa foil dengan suhu 180 celcius.


Tuesday, August 26, 2014

Tepung goreng pisang rangup

Rasanya semua orang pandai goreng pisang, keledek, sukun, keladi dan macam2 lagi....tapi kekadang tepung yang salutnya tu lembik bila sejuk atau liat la........
cer cuba adunan ni dan rasa hasilnya....jangan was2 nak gunakan tepung pulut tu yer..

1 1/2  cawan tepung beras
1 cawan tepung pulut
1 cawan air (jgn tuang sekali gus - tuang separuh2 utk ejas kepekatannya yer)
1 biji telur
garam secukup rasa
serbuk kunyit (opt)

Adunan sebati semua bahan di atas.

sumber rujukan: norhayati omar

Kalau rasa2 nak kelainan dan suka buat benda2 yg susah try resepi di bawah ni....hasilnya pun mabeles

RESEPI GORENG PISANG RANGUP

Bahan-bahan

4 cawan Tepung Beras
1 cawan Tepung gandum
1/2 kotak kecil Santan ( tidak kisah brand apa pun- kara, ayam brand, harmuni )
1 sudu Serbuk Penaik
1/2 sudu Kapur (optional)
1 sudu Serbuk Kunyit (optional)
1 biji telur
4 sudu besar Mentega / Marjerin ( dicairkan )
Garam secukup rasa
Air secukupnya
500ml Minyak Masak
1 cawan Shortening

Pisang

Cara-caranya

1.Anda perlu cairkan dahulu mentega / marjerin-apabila telah cair biarkan ia sejuk
( pastikan jangan sampai hangit)
2.Masukkan kesemua bahan-bahan termasuk telur dan air,pastikan kacau hingga sebati dan air gunakanlah secukupnya .
( Jika batter agak cair- masukkan sedikit lagi tepung beras, kita inginkan batter yang pekat-pastikan pekat tau macam..
mmm macam...santan dalam kotak tu )
3.Masa ni lah anda perlu memasukkan mentega/ marjerin yang telah cair itu ke dalam batter .kacau sebati..dan siap untuk digunakan.
(anda boleh menggunakan resepi ini untuk menggoreng pisang atau menggoreng roti sardine... selamat mencuba yea... peace)
4.pastikan minyak goreng dipanaskan terlebih dahulu, dan campurkan lelmak sayuran (shortening) tujuan penggunaannya adalah untuk mengcrispykan lagi pisang goreng kita ni..
Chef ni orang johor..jadi mesti nak sambal kicap...heee, pisang goreng cicah dengan sambal kicap.. perrrggg... petang-petang memang syok layan ni 

Monday, August 25, 2014

Nasi kabsa kambing

Nasi kabsa yang dah kesekian kalinya....atas permintaan adik yg buat reunion untuk kawan2 dia......adik ni dah lebih 4 tahun duduk kat bahrain tapi orang yang tak duduk kat arab nih yang masakkan nasi arab untuk dia...sabo jer lar....

Disebabkan resepi ni dah ulang tayang banyak kali jadi saya bagi link ajer lah....

Klik di sini untuk resepinya

Saturday, August 23, 2014

Kek gula hangus

Kali ni try resepi yang sukatannya dan cara yang sedikit berbeza dari sebelum ni. Kali ni saya guna blender untuk mengadun. Selain tu juga saya tak perap adunan seperti yang dinyatakan dalam resepi asal. Hasilnya kek saya jadi gebus sekali sama macam Allahyarhamah kakak saya selalu buat dulu....

Resepi olahan saya

bhn untuk gula hangus..
3/4 cwn gula pasir 
1 cwn air panas
2 sb mentega...

caranya:

masukan gula dlm periuk
guna api sederhana besar
msk gula hgga cair dn berwarna perang, tuangkn air panas sedikit-sedikit..kacau sebati...tutup api...baru masukkan mentega...kacau sebati..n sejukkan...

bahan untuk kek

2 cwn tpg gandum
1/2 sk sodabikarbonat
1 sk baking powder
4 biji telur
1 sk teh esen vanila
1 cawan susu pekat
sedikit garam

caranya:

ayak tepung dengan soda ketepikan.
Kisar guna blender telur, susu, esen dan garam hingga kembang. Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam mangkuk berisi tepung gandum, adun sebati (saya masukkan ke dalam blender untuk menghaluskan adunan yang berketul2)
Tuang dalam loyang yang dioles dengan shorterning dan tepung.
Perap selama 3 jam (saya tak perap terus bakar)
Bakar pada suhu 160°C menggunakan api bawah selama 40 minit dan 10 minit lagi dengan api atas bawah.